Anak nombor dua (Irsyad) masih lagi di kuarantin tak boleh hantar nurseri akibat chicken pox...So, nampaknya nak kena bergilir2 cuti lah lagi minggu ni...
Redha Allah Adalah Matlamatku...
Isnin, Januari 19, 2015
Sebagai Penaik Semangat...:)
Tiada Yang Mustahil Di Dalam Dunia Ini...Kita Boleh Jadi Apa Sahaja Yang Kita Mahu...Cuma Kita Tidak Boleh Jadi Nabi & Rasul Sahaja...So, Berjuanglah Untuk Jadi Apa Yang Kita Mahukan Dan Capai Apa Yang Kita Ingini...
Hidup Penuh Dengan Pilihan
Hidup kita dipenuhi oleh pelbagai pilihan. Jadi bergantung kepada diri masing-masing untuk memilih hidup yang bagaimana..? "Berusahalah untuk duniamu seakan kau hidup selamanya...Beramallah untuk akhiratmu seakan esok hari kau tiada". Setiap perubahan perlulah disertai oleh keazaman, keberanian dan kesungguhan. Ingatlah setiap kesusahan pasti akan diiringi oleh kesenangan. Untuk berjaya perlukan suatu perubahan. Dan untuk berubah, perlukan kesungguhan dan berani bertindak. Jumpa anda di podium kejayaan...:)
Sabtu, Januari 17, 2015
Setapak Demi Setapak...
Perkara yang susah di dalam hidup ini adalah BERUBAH...Setiap perubahan memerlukan kecekalan dan keberanian...Dan setiap pendakian bermula dengan langkah yang pertama...Jom Berubah...:)
Harapan Di Tahun Baru...
Tahun 2015 adalah tahun untuk berubah dari segenap aspek...Tumpuan utama aku nak settle kan hutang yang bawah RM5k dahulu, insyaAllah...
Khamis, Mei 03, 2012
Khamis, Februari 17, 2011
Sejauh mana kita mengenali Rasulullah s.a.w...?
Pernahkah kita bertanya...sejauh manakah kita mengenali diri Rasulullah s.a.w...? Pernahkah kita terfikir bahawa pada hari akhirat nanti kita memerlukan Rasulullah...? Syafaat siapakah lagi yang paling utama selain daripada syafaat Baginda...? Jadi janganlah kita menyombong diri dengan apa yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w....Marilah kita sama-sama banyakkan selawat ke atas Baginda semoga dengan memperbanyakkan selawat dapat mendekatkan diri kita dengan Allah dan juga Rasulullah s.a.w.....
Langgan:
Catatan (Atom)